https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1589501258.jpg

PERTANDINGAN ATAS TALIAN (ONLINE) BERSEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT MAAHAD JOHOR 2020

ASSALAMMUALAIKUM WBT. 

 

DIMAKLUMKAN PIHAK PENYELARAS SAMBUTAN HARI GURU BAGI PERINGKAT MAAHAD JOHOR AKAN MENGANJURKAN PERTANDINGAN ATAS TALIAN (ONLINE) UNTUK PARA PELAJAR MAAHAD JOHOR BAGI KATEGORI:

  • MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1 -3) : PERTANDINGAN MELUKIS POSTER HARI GURU
  • MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 - 5) : PERTANDINGAN MENULIS ESEI HARI GURU
  • TINGKATAN 6 : PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK HARI GURU

 

SYARAT-SYARAT DAN BUTIRAN PERTANDINGAN ADALAH SEPERTI POSTER HEBAHAN INI. SEGALA MAKLUMAT AKAN DISAMPAIKAN KEPADA PELAJAR MELALUI GURU KELAS DAN AKAN DIMUAT NAIK DI FB DAN INSTAGRAM RASMI MAAHAD JOHOR. SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI SAMBUTAN HARI GURU KITA PADA TAHUN INI, INSYA ALLAH.

 

SELAMAT BERTANDING...!!!

LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1589168702.jpg

SUMBANGAN SYANTOH SYAWAL 1441H

PADA 10 MEI 2020 (17 RAMADHAN 1441H), PIHAK SEKOLAH TELAH BERMURAH HATI UNTUK MENYERAHKAN SUMBANGAN BERUPA SYANTOH SYAWAL KEPADA SEMUA PEKERJA KEBERSIHAN DAN PENGAWAL KESELAMATAN MAAHAD JOHOR, YANG TIDAK BERHENTI BERTUGAS SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN INI BAGI MEMASTIKAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN KAWASAN SEKOLAH DIJAGA DAN TERPELIHARA. PIHAK SEKOLAH BERMURAH HATI UNTUK MENYERAHKAN JUGA HAND SANITIZER DAN DUIT RAYA KEPADA SEMUA. TUAN PENGETUA MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEKERJA KEBERSIHAN DAN PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH YANG BERTUGAS DI SEPANJANG TEMPOH INI. SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI KE ATAS KITA SEMUA.  

LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1587526783.jpg

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1441H

IKHLAS DARI KAMI:
WARGA MAAHAD JOHOR

DARIPADA AISYAH RA, BAHAWA BELIAU BERTANYA NABI SAW:
“WAHAI NABI ALLAH, JIKA AKU BERTEMU DENGAN MALAM AL-QADAR MAKA APA YANG SEPATUTNYA AKU UCAPKAN.
NABI SAW BERSABDA:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

MAKSUDNYA: “YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SESUNGGUHNYA KAMU MAHA PENGAMPUN DAN AMAT SUKA AKAN KEAMPUNAN, MAKA BERIKANLAH KEAMPUNAN KEPADAKU”.

[RIWAYAT AL-TIRMIZI (3513), IBN MAJAH (3850) DAN AHMAD (25384)]

[IMAM AL-TIRMIZI MENILAI HADITH INI SEBAGAI HASAN SAHIH. MANAKALA SYEIKH SYU’AIB AL-ARNA’OUTH MENGHUKUM SANAD HADITH INI SEBAGAI SAHIH DAN PERAWI-PERAWINYA ADALAH THIQAH]

 

#STAYATHOME
#MAAHADJOHOR2020
#60TAHUNMAAHADJOHOR
#JUBLIINTANMAAHADJOHOR
#KEARAHMEMARTABATKANMAAHADJOHOR

LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1587526613.jpg

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN 1 (IKHTIBAR AWWAL) TAHUN 2020

ASSALAMMUALAIKUM WBT.....

UNTUK MAKLUMAN, KEPUTUSAN BAGI UJIAN PENILAIAN 1 (IKHTIBAR AWWAL) MAAHAD JOHOR BAGI SESI 2020 SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI PORTAL ASIS IBU BAPA PELAJAR. ANDA DIKEHENDAKI UNTUK DAFTAR MASUK KE AKAUN ASIS IBU BAPA MASING-MASING DENGAN MENGGUNAKAN NO KAD PENGENALAN IBU ATAU BAPA ANDA. 

KEPUTUSAN BOLEH DISEMAK DI BAHAGIAN STUDENT INFORMATION, DI PILIHAN EXAMINATION. ANDA PERLU PILIH UJIAN PENILAIAN 1 UNTUK MELIHAT KEPUTUSAN ANDA.

SEKIAN, HARAP MAKLUM. 

 

LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1586998355.jpg

PENUNDAAN PEPERIKSAAN UMUM OLEH KPM DAN PEMBUKAAN SEKOLAH

1) PENTADBIRAN MJ MENGAMBIL MAKLUM UCAPAN YANG DISAMPAIKAN OLEH MENTERI PENDIDIKAN PADA PETANG TADI YANG ANTARA LAIN MENYENTUH BEBERAPA PERKARA PENTING BERKAITAN SESI PERSEKOLAHAN, PEPERIKSAAN UMUM DAN KAEDAH PENTAKSIRAN.

2) PADA DASARNYA, PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PEPERIKSAAN UMUM DI MJ YANG DI KELOLAKAN OLEH KPM, PELAKSANAANNYA ADALAH SEBAGAIMANA KETETAPAN PIHAK KPM, YAKNI:

  • SPM & STAM AKAN DITUNDA PELAKSANAANNYA PADA SUKU PERTAMA TAHUN 2021
  • MUET BERJALAN SEPERTI BIASA, YAKNI PADA SEPTEMBER DAN OKTOBER 2020

3) MANAKALA BAGI PEPERIKSAAN YANG DI BAWAH KELOLAAN JAINJ, PIHAK MJ AKAN MEMAKLUMKANNYA SETELAH MENDAPAT KETETAPAN RASMI DRP PIHAK JAINJ.

4) BEGITU JUGA BAGI PERKARA YANG BERKAITAN DGN PEMBUKAAN SEKOLAH, PIHAK MJ AKAN MEMAKLUMKANNYA KEPADA PARA PELAJAR DAN IBUBAPA SEKALIAN MELALUI LAMAN WEB MJ SETELAH MENDAPAT KETETAPAN RASMI DRP PIHAK JAINJ.

 

SEKIAN, SEMOGA DALAM MAKLUMAN DAN PERHATIAN TUAN/ PUAN. TERIMA KASIH.

 

PENGETUA MAAHAD JOHOR

LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1586522882.jpg

LANJUTAN PENUTUPAN SEKOLAH DI BAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (FASA 3)

السلام عليكم.

1) RENTETAN PENGUMUMAN YANG BARU SAHAJA DIBUAT OLEH YAB PERDANA MENTERI SEBENTAR SAHAJA TADI YANG MELANJUTKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN HINGGA 28 APRIL 2020, MAKA PIHAK SEKOLAH MELANJUTKAN PENUTUPAN SEKOLAH SEHINGGA SUATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK.

2) SEBARANG PENGUMUMAN DAN PERKEMBANGAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI SEMASA KE SEMASA.

3) DIINGATKAN KEPADA PARA IBU BAPA UTK MEMASTIKAN ANAK-ANAK BERADA DALAM KEADAAN KESIHATAN YANG BAIK, DAN SENTIASA MEMATUHI ARAHAN YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.

4) SEBARANG URUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDPC) SERTA BEKALAN KERJA RUMAH DAN TUGASAN AKAN DILAKSANAKAN OLEH GURU SECARA ATAS TALIAN. MOHON KERJASAMA IBU BAPA UNTUK MEMASTIKAN ANAK-ANAK MELAKSANAKAN TUGASAN YANG DIBERI DAN MELIBATKAN SECARA AKTIF DIDALAM PDPC ATAS TALIAN BERSAMA PARA GURU (HOME-BASED LEARNING).

SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI KE ATAS KITA SEMUA. SAMA-SAMA KITA BERDOA SEMOGA WABAK COVID19 INI BERLALU PERGI DENGAN SEGERA.

 

PENGETUA MAAHAD JOHOR

LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1585149247.png

LANJUTAN PENUTUPAN SEKOLAH DI BAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

1) MERUJUK KEPADA PENGUMUMAN YANG TELAH DIBUAT OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA TENGAHARI TADI YANG MELANJUTKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, MAKA PENUTUPAN SEKOLAH DILANJUTKAN HINGGA KE TARIKH 14 APRIL 2020 (SELASA).

2) SEBARANG PENGUMUMAN DAN PERKEMBANGAN YANG BERKAITAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI SEMASA KE SEMASA.

3) DIINGATKAN KEPADA PARA IBU BAPA UTK MEMASTIKAN ANAK-ANAK BERADA DALAM KEADAAN KESIHATAN YANG BAIK, DAN SENTIASA MEMATUHI ARAHAN YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.

4) SEBARANG URUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDPC) SERTA BEKALAN KERJA RUMAH DAN TUGASAN YANG DIBERI OLEH GURU SECARA ATAS TALIAN, EMEL DAN SEBAGAINYA, MOHON KERJASAMA DARIPADA IBUBAPA SUPAYA DAPAT MEMASTIKAN IA DILAKSANAKAN OLEH ANAK-ANAK TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
DENGAN BAIK DAN SEMPURNA.

 

SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI KE ATAS KITA SEMUA. SAMA-SAMA KITA BERDOA SEMOGA WABAK COVID19 INI BERLALU PERGI DENGAN SEGERA.

 

PENGETUA MAAHAD JOHOR

LAGI

Page 9 of 13