ALHAMDULILLAH, PADA HARI INI SATU CERAMAH KESIHATAN MENGENAI KESEDARAN TERHADAP WABAK COVID-19 DAN PENCEGAHANNYA TELAH DIADAKAN DI DEWAN LUQMAN AL-HAKIM, MAAHAD JOHOR PADA JAM 11.30AM INI. CERAMAH KESIHATAN INI TELAH DIANJURKAN OLEH UNIT KESIHATAN & KESELAMATAN MAAHAD JOHOR DIATAS CADANGAN DARIPADA TUAN PENGETUA SENDIRI BAGI MEMBERI PENCERAHAN KEPADA SELURUH PELAJAR DAN WARGA KERJA MAAHAD JOHOR AKAN WABAK COVID-19 INI. CERAMAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH DR. NUR SUJAIHAH BINTI HANAFI, PEGAWAI PERUBATAN DARI UNIT KESIHATAN PINTU MASUK ANTARABANGSA, PEJABAT KESIHATAN DAERAH JOHOR BAHRU. MAJLIS DIAKHIRI DENGAN PENYAMPAIAN SAGUHATI DAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA DR. NUR SUJAIHAH SERTA GIMIK PENCEGAHAN WABAK COVID-19 OLEH DR. NUR SUJAIHAH KEPADA TUAN PENGETUA. SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI SERTA MELINDUNGI PARA PELAJAR MAAHAD JOHOR KHASNYA, SERTA WARGA JOHOR DAN MALAYSIA AMNYA DARIPADA WABAK PENYAKIT COVID-19 INI.