ALHAMDULILLAH, BERMULA PADA 23 OKTOBER 2021 YANG LALU, PARA PELAJAR MAAHAD JOHOR PULANG SEMULA KE SEKOLAH SECARA BERPERINGKAT SEHINGGALAH KE HARI INI, BERMULA DENGAN CALON-CALON STAM, SPM, TINGKATAN 3 & 4 DAN AKHIRNYA TINGKATAN 1 & 2. KEPULANGAN MEREKA KEMBALI KE ASRAMA ADALAH MENGIKUT TATACARA DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR. SARINGAN KESIHATAN, TERMASUKLAH UJIAN KENDIRI COVID19 DIBUAT PADA HARI PERTAMA KEMASUKAN PELAJAR KE ASRAMA, DIIKUTI PADA HARI KE-6 DAN SETERUSNYA PADA HARI KE-14. 
SETAKAT HARI INI, KESEMUA PELAJAR MAAHAD JOHOR ADALAH SIHAT DAN NEGATIF COVID19 MELALUI UJIAN KENDIRI MENGGUNAKAN KIT UJIAN AIR LIUR (SALIVA TEST KIT). 
DIHARAPKAN AGAR DENGAN KEPULANGAN PARA PELAJAR KEMBALI KE SEKOLAH INI DAPAT MEMBERIKAN RUANG DAN PELUANG KEPADA MEREKA UNTUK MENELAAH KEMBALI PEMBELAJARAN-PEMBELAJARAN YANG TERTINGGAL, DI SAMPING MERAPATKAN UKHUWAH DAN KASIH SAYANG DI ANTARA GURU DAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN.
 
"SELAMAT KEMBALI MENGGAPAI ILMU PENUH DI DADA"