:
SUKAN

SUKAN

Sukan merupakan salah satu cabang daripada aktiviti kokurikulum. Bersukan juga adalah salah satu aktiviti yang bukan sahaja membina stamina dan menguatkan tubuh badan, malah dituntut juga dalam Islam. Antara aktiviti sukan yang terdapat di Maahad Johor adalah seperti:

  1. Bola sepak
  2. Bola tampar
  3. Bola jaring
  4. Futsal
  5. Sepak takraw
  6. Badminton
  7. Ping pong
  8. Memanah

Setiap tahun, para pelajar akan melibatkan diri di dalam Ihtifal Riyadhi peringkat sekolah. Jika terpilih, para pelajar berpeluang untuk mewakili sekolah ke peringkat negeri melalui Ihtifal Riyadhi, dan seterusnya boleh melayakkan diri ke peringkat kebangsaan di KESSUMA. Pihak sekolah senantiasa berusaha untuk memastikan para pelajar berpeluang untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan dari semasa ke semasa.