PADA HARI INI, ROMBONGAN TUAN PENGARAH JAIJ YANG DIWAKILI OLEH TN HJ YOSREE BIN IKSAN, TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN AGAMA (TPPA) SELAKU WAKIL RASMI TUAN PENGARAH JAIJ BERSAMA BEBERAPA ORANG PEGAWAI DARI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU SERTA TUAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN JOHOR (SMAKJ) MEMBUAT LAWATAN PEMATUHAN SOP PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID-19 KE MAAHAD JOHOR. ROMBONGAN LAWATAN TIBA DI MAAHAD JOHOR PADA JAM 10AM. MEREKA DIBAWA OLEH TUAN PENGETUA MAAHAD JOHOR BESERTA BARISAN GURU PENOLONG KANAN DAN GURU-GURU BIDANG KE SEKITAR KAWASAN SEKOLAH BAGI MELIHAT PELAKSANAAN SOP PEMBUKAAN SEKOLAH YANG TELAH DIGARISKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. TUAN TPPA JUGA BERBESAR HATI UNTUK MERASMIKAN NAMA DEWAN MAKAN MAAHAD JOHOR DENGAN DIBERI NAMA MAT'AM AT-TASNIM. MAJLIS DIAKHIRI DENGAN UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA TUAN PENGETUA MAAHAD JOHOR DAN TPPA. MAJLIS BERSURAI SEKITAR JAM 2PM. BAGI PIHAK SEKOLAH, KAMI MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH DIATAS KEPRIHATINAN PIHAK BPI TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN PARA PELAJAR DAN WARGA MAAHAD JOHOR. SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA.