:
RUSHDANIAH

RUSHDANIAH

Kumpulan Rushdaniah merupakan kebanggaan bagi Maahad Johor. Ahli Rushdaniah pada kebiasaannya terdiri daripada pelajar tingkatan 4 - 6. Perintis bagi kumpulan Rushdaniah akan dipilih seawal tingkatan 1 dan akan menjalani proses latihan dan pendedahan dalam pelbagai cabang ilmu nasyid mahupun qasidah. Kumpulan ini telah berjaya merangkul pelbagai anugerah dan kejayaan, yang terkini merupakan Johan pertandingan nasyid pada Ihtifal Ilmi Peringkat Negeri Johor tahun 2019, dan seterusnya menjadi Juara bagi kategori nasyid (L) pada Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) tahun 2019 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kumpulan Rushdaniah kerap kali mendapat jemputan daripada pihak luar untuk membuat persembahan nasyid atau qasidah di sekitar negeri Johor, terutamanya daerah Johor Bahru. Kumpulan Rushdaniah dilatih khas oleh jurulatih berpengalaman dari Yayasan Warisan Negeri Johor. Perkembangan mengenai Kumpulan Rushdaniah dapat dilihat di akaun Instagram mereka di PAUTAN ini. Sama-sama kita mendoakan kejayaan dan kecemerlangan Kumpulan Rushdaniah di masa-masa mendatang, insya Allah.