:
DEWAN

DEWAN

Maahad Johor mempunyai dua dewan; Dewan Besar yakni Dewan Luqman Al-Hakim dan Dewan Kecil yakni Dewan Harun Ar-Rasyid. Dewan Luqman Al-Hakim terletak di belakang blok pentadbiran sekolah, manakala Dewan Harun Ar-Rasyid terletak di aras 2 blok akademik sekolah. Dewan Luqman merupakan pusat kegiatan aktiviti pelajar seperti sukan badminton dan ping pong. Juga, di dewan ini berlakukan perhimpunan mingguan sekolah serta majlis-majlis keraian seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Raya dan lain-lain lagi. Di Dewan Luqman ini juga, menjadi pusat peperiksaan bagi SPM, STAM, SMA dan MUET. 

Dewan Harun Ar-Rasyid selalunya digunakan untuk kelas gabung, terutamanya bagi pelajar tingkatan 6. Pada masa yang sama, dewan ini juga digunapakai bagi PdPc bagi pelajar lain mengikut jadual penggunaan dewan yang dikeluarkan oleh penyelaras Dewan Harun Ar-Rasyid. Kebiasaannya, dewan ini digunakan untuk majlis yang berskala kecil seperti bengkel, mesyuarat dan seminar. Dewan ini dilengkapi dengan sistem PA, LCD, penyaman udara serta kerus dan meja yang boleh memuatkan dalam lingkungan 80-100 orang pada satu-satu masa.