https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1612847149.png

PENANGGUHAN PDPC DAN PDPR BERSEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA

ASSALAMMUALAIKUM WBT....

1. MERUJUK KEPADA TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2021 YANG DITERBITKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PADA 14 OGOS 2020, CUTI BERSEMPENA TAHUN BARU CINA BAGI NEGERI-NEGERI KUMPULAN A ADALAH PADA 10 - 13 FEBRUARI 2021. BAGI NEGERI JOHOR, DISEBABKAN CUTI UMUM TAHUN BARU CINA JATUH PADA HARI JUMAAT (12 FEBRUARI), MAKA CUTI TERSEBUT AKAN DIGANTIKAN PADA 14 FEBRUARI 2021 (AHAD). PENGGUNAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN KPM INI DITIMBALGUNA OLEH PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR.

2. OLEH ITU, PDPC DAN PDPR BAGI MAAHAD JOHOR AKAN DITANGGUHKAN BERMULA PADA 10 FEBRUARI 2021 SEHINGGA 14 FEBRUARI 2021. PDPC DAN PDPR AKAN BERSAMBUNG KEMBALI PADA 15 FEBRUARI 2021 (ISNIN).

SEKIAN, HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH.

PENGETUA
MAAHAD JOHOR

LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1612840945.jpg

PROSES PEMULANGAN DAN PENGAMBILAN BUKU TEKS BAGI PELAJAR TINGKATAN 1,2,3 DAN 4

ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH PROSES PEMULANGAN DAN PENGAMBILAN BUKU TEKS OLEH PARA PELAJAR TINGKATAN 1 - 4 MAAHAD JOHOR YANG TELAH BERLANGSUNG BERMULA PADA 31 JAN - 3 FEB 2021 YANG LALU DARI JAM 8.30AM - 2PM. PROSES INI BERJALAN DALAM KEADAAN NORMA BAHARU DENGAN MEMASTIKAN SEGALA SOP PENCEGAHAN COVID-19 DIPRAKTIKKAN OLEH PARA GURU DAN PELAJAR. BUAT MASA INI, PARA PELAJAR TINGKATAN 1 - 4 TERPAKSA MENERUSKAN PEMBELAJARAN MEREKA SECARA ATAS TALIAN MELALUI PDPR. ALANGKAH RINDUNYA PARA MURABBI MAAHAD JOHOR INI DENGAN KEHADIRAN MEREKA DI SEKOLAH INI. PASTI, KITA AKAN BERTEMU LAGI SECARA BERSEMUKA DI MASA MENDATANG, INSYA ALLAH.

LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1611466825.jpg

LAWATAN PEMATUHAN SOP PENCEGAHAN COVID19 OLEH PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH IPD JBS KE MAAHAD JOHOR

ALHAMDULILLAH, PADA 20 JANUARI 2021 (SELASA) YANG LALU, MAAHAD JOHOR MENERIMA KUNJUNGAN DAN LAWATAN ROMBONGAN DARIPADA PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH DARI IPD JBS KE MAAHAD JOHOR. KEHADIRAN MEREKA ADALAH UNTUK MEMASTIKAN PERJALANAN SEKOLAH ADALAH MENGIKUTI SOP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK MKN DAN JUGA KPM.

ROMBONGAN MEREKA DISAMBUT OLEH GPK HEM, USTZH KAMARUZZANA MUHAMAT. PARA PEGAWAI DIBAWA MELAWAT KE SEKITAR KAWASAN BLOK AKADEMIK SERTA KANTIN SEKOLAH OLEH UST FUAD ZAKI. PIHAK POLIS BERPUAS HATI DENGAN LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK SEKOLAH DI DALAM MEMASTIKAN PEMATUHAN SOP BERADA PADA TAHAP YANG OPTIMUM DI KALANGAN WARGA SEKOLAH MAAHAD JOHOR.

PIHAK SEKOLAH BERTERIMA KASIH KEPADA PIHAK IPD JBS DIATAS KEPRIHATINAN PIHAK BERKUATKUASA DI DALAM MEMASTIKAN KESELAMATAN PARA WARGA MAAHAD JOHOR BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK.

LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1610450680.png

SEMAKAN STATUS TEMUDUGA TINGKATAN 1 SESI 2021

ASSALAMUALAIKUM WBT.
 
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN CALON KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN JOHOR (SMANJ) SESI 2021 BERMULA PADA 13 JANUARI 2021 (RABU) JAM 2.00 PETANG SEHINGGA 21 JANUARI 2021 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAHARI.
 
SEMAKAN BOLEH DIBUAT DI PAUTAN INI. SEBARANG MAKLUMAN LANJUT BOLEH DIRUJUK DI FB PAGE RASMI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, JAINJ.
LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1610256791.jpg

SEMAKAN STATUS TEMUDUGA TINGKATAN 4 SESI 2021

UNTUK MAKLUMAN KEPADA SEMUA CALON YANG TELAH MENGHADIRI UJIAN KELAYAKAN DAN TEMUDUGA KE TINGKATAN 4 MAAHAD JOHOR SESI 2021 PADA 4 & 5 JANUARI 2021 YANG LALU, SEMAKAN STATUS TEMUDUGA ANDA BOLEH DIBUAT PADA PAUTAN INI MULAI 11 JANUARI 2021 (ISNIN) JAM 2PM.

HARAP MAKLUM, DAN TERIMA KASIH.

LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0020/content/news/newsf1_MJ034_1610149041.jpg

UJIAN KELAYAKAN DAN TEMUDUGA SESI 2021

ALHAMDULILLAH, PADA 4 - 6 JANUARI YANG LALU, TELAH BERLANGSUNGNYA UJIAN KELAYAKAN DAN TEMUDUGA BAGI PEMILIHAN PELAJAR KE TINGKATAN 1 & 4 MAAHAD JOHOR BAGI SESI 2021. SERAMAI LEBIH KURANG 160 CALON TINGKATAN 1 DAN 42 CALON TINGKATAN 4 TELAH TERPILIH BAGI MENGHADIRI UJIAN KELAYAKAN DAN TEMUDUGA PADA HARI TERSEBUT. PROSES UJIAN KELAYAKAN DIBUAT DENGAN MEMASTIKAN SOP PENCEGAHAN COVID-19 DILAKSANAKAN SEJAJAR DENGAN ARAHAN DAN SARANAN PIHAK MAJLIS KESELAMATAN NEGARA DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. PANEL TEMUDUGA TERDIRI DARIPADA GURU-GURU TAHFIZ DAN MENENGAH ATAS DARI MAAHAD JOHOR. SEMOGA PARA CALON BERJAYA DI DALAM UJIAN KELAYAKAN PADA KALI INI, DAN TERPILIH UNTUK MEMASUKI DAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA WARGA MAAHAD JOHOR, INSYA ALLAH.

LAGI

Page 5 of 13