:
SURAU FIRDAUS

SURAU FIRDAUS

Surau Firdaus, atau lebih dikenali sebagai SuFi di kalangan warga Maahad Johor, merupakan nadi dakwah dan pusat kerohanian bagi seluruh warga dan penghuni Maahad Johor. Surau Firdaus mempunyai 2 aras, dan dilengkapi dengan sistem PA, mimbar, penyaman udara, LCD, kemudahan tempat mengambil wudu' dan bilik air. Surau Firdaus menjadi tempat lazim bagi pelajar dan warga Maahad Johor berkumpul untuk aktiviti-aktiviti kerohanian seperti solat fardhu berjemaah, tazkirah maghrib, murajaah Al-Quran, talaqi, qasidah dan lain-lain lagi.